F.A.Q
Nota: Sila BACA & FAHAMI terlebih
dahulu halaman Soalan Lazim ini jika anda inginkan penjelasan
lanjut mengenai AkademiCeramic.Com dan Ceramic
Business Club.
Persoalan Mengenai Ceramic
Business Club
1. Siapakah AkademiCeramic.Com ini?
AkademiCeramic.Com adalah Sistem Web Marketing 3rd Party Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Dimiliki sepenuhnya oleh Team Akademi Ceramic dan keseluruhan operasi laman web ini dikendalikan oleh Anaz Avira Abdul Majid dan Nor Azizi Abd Hadi. AkademiCeramic.com telah mula beroperasi pada 7 April 2009 menawarkan pelbagai kemudahan Online secara Percuma kepada semua VIP Member dalam mempromosikan Ceramic Business Club ini secara online. Kemudahan ini tidak akan anda dapati dari Asia Ceramic Marketing sebaliknya hanya sekiranya anda mendaftar melalui AkademiCeramic.Com sahaja. Anda boleh menyertai AkademiCeramic.com ini dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat pada Laman Pendaftaran Percuma dan menaiktaraf status keahlian sebagai VIP Member. Keahlian FREE Member adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja.
Jika anda menjadi Distributor Ceramic Business Club dari mana-mana MEMBER web AkademiCeramic.Com ini, anda juga adalah group kami. Fungsi utama web ini bekerja untuk VIP Member kami Mengembangkan Rangkaian Distributor Mereka Secara Online dengan membantu kesemua VIP Member membina rangkaian Distributor mereka..
2. Apakah Ceramic Business Club ini?
Ceramic Business Club adalah sebuah perniagaan e-Commerce yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Beribu pejabat di Ampang, Selangor. Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi jenama Ceramic Business Club menjalankan satu Program Keahlian Privilege dalam memasarkan produk ceramic mereka secara trading.


Ceramic Business Club mula dilancarkan pada 7 Julai 2007 dan merupakan sebuah perniagaan berlesen dan berdaftar, serta sah dijalankan mengikut undang-undang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd di Halaman Syarikat ataupun terus ke Laman Rasmi Syarikat . Berikut adalah Sijil Pendaftaran Asia Ceramic Marketing dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
3. Apakah Konsep Perniagaan yang dijalankan oleh Ceramic Business Club ini?
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd adalah sebuah perniagaan trading produk-produk ceramic yang memasarkan produk-produk ini untuk pasaran dalam dan luar negara. Selain menjalankan perniagaan secara trading, syarikat ini memperkenalkan satu Program Keahlian Privilege yang dipanggil Ceramic Business Club. Melalui program keahlian ini, Ceramic Business Club menawarkan pelbagai ganjaran dan kelebihan yang cukup istimewa kepada Distributornya. Setiap Distributor yang mendaftar akan menerima satu kad keahlian Ceramic Business Club yang tertera nama ahli dan no keahlian mereka pada kad privilege tersebut.

Konsep program keahlian ini sama seperti program ganjaran Real Rewards atau Bonuslink yang dianjurkan oleh Petronas dan Shell. Dengan menjadi ahli dan memegang kad ganjaran tersebut, ahli akan menerima ganjaran dan keuntungan berdasarkan pembelian dan kesetiaan ahli. Jenis-jenis hadiah dan ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat yang menganjurkannya.
4. Apakah Konsep Perniagaan secara Kad Keahlian Mata Ganjaran ini SAH dan SELAMAT dilakukan?


Manakala Ceramic Business Club pula adalah satu Program Keahlian Privilege yang memberikan keistimewaan kepada Distributor yang mendaftar. Tujuan utama program privilege ini diwujudkan adalah untuk mengikat pelanggan mereka supaya terus bersama dengan syarikat. Setiap Distributor ditawarkan kelebihan-kelebihan tertentu seperti memperolehi mata dengan setiap kali pembelian produk, harga produk yang lebih murah dan dapat menyertai promosi-promosi yang dianjurkan oleh syarikat. Selain itu, ini adalah salah satu strategi syarikat dalam memperkenalkan produk keluaran Asia Ceramic sendiri.

Konsep perniagaan seperti ini telah banyak dipraktikkan di pasaran, cuma kita tidak menyedari peluang dan ganjaran dari program keahlian tersebut. Seperti contoh anda pengguna kenderaan, pasti akan mengisi minyak kenderaan anda. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat petrol station dan yang terkenal adalah Petronas dan Shell. Syarikat-syarikat ini bersaing untuk mendapatkan pelanggan, dan salah satu strategi mereka adalah dengan memperkenalkan program keahlian mata ganjaran iaitu Real Rewards (Petronas) dan juga Bonuslink (Shell). Melalui program ini, setiap ahli akan diberikan satu kad keahlian percuma yang tertera jenama syarikat tersebut dan mereka boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh program tersebut. Dengan mengisi minyak di petrol station tersebut, ahli-ahli akan menerima mata ganjaran dan setelah dikumpul dalam jumlah tertentu mereka boleh menukarkannya dengan hadiah dan barangan tertentu. Keistimewaan ini tidak boleh didapati oleh bukan ahli program tersebut. Program tersebut telah berjalan bertahun-tahun lamanya dan perniagaan berkonsepkan seperti ini tidak memerlukan mereka mempunyai Sijil Jualan Langsung (AJL) mahupun kelulusan Bank NegaraMalaysia, kerana perniagaan seperti ini bukanlah pelaburan internet, skim cepat kaya mahupun pengumpulan wang deposit haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Ceramic Business Club juga menggunakan konsep perniagaan seperti ini. Setiap distributor yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian yang tertera jenama Ceramic Business Club dan akan membawa jenama tersebut dalam perniagaan mereka. Kad ini tidak diterima oleh mana-mana individu yang tidak mendaftar. Apakah ganjaran dan keistimewaan menjadi ahli program ini? Sila rujuk soalan di bawah.
5. Apakah Keistimewaan yang ditawarkan jika saya menjadi Ahli Ceramic Business Club?
-
Sebagai Distributor yang mendaftar secara rasmi dengan syarikat, Ceramic Business Club menawarkan pelbagai keistimewaan kepada Distributornya dan keistimewaan ini hanya diperolehi oleh Distributor yang mendaftar sahaja.
Keistimewaan pertama adalah setiap Distributor akan diberikan satu Program Kebajikan Community Caring Programme yang lebih dikenali sebagai program Khairat Kematian. Melalui program ini, setiap Distributor yang meninggal dunia akan menerima sumbangan daripada pihak syarikat dan Distributor yang lain. Sumbangan tersebut akan diberikan kepada pewaris mangsa. Selain program khairat kematian CCP untuk setiap Distributor, Ceramic Business Club juga menyediakan satu tabung kebajikan khusus untuk menderma kepada Pertubuhan Kebajikan, NGO dan lain-lain lagi yang dikenali sebagai Community Service Programme.
![]()
Ceramic Business Club juga menawarkan pelbagai barangan dan produk yang membolehkan kesemua Distributor menukarkannya dengan mata Shoping Points yang diperolehi daripada bonus yang diterima. Produk dan barangan tersebut meliputi Pakej Pelancongan, Pakej Umrah, Voucher Membeli-belah Giant Hypermarket,Parkson, Voucher KFC dan Pizza Hut,BHP petrol,Aksesori Ceramic Business Club, barangan Ceramic keluaran Vantage dan lain-lain lagi. Pihak syarikat akan menambah beberapa lagi barangan yang lain dalam masa terdekat ini seperti Tiket Penerbangan Air Asia, Telefon Bimbit, Prepaid, MP3, Kamera Digital dan sebagainya yang akan ditambah dari semasa ke semasa.

Selain daripada ganjaran di
atas, Ceramic Business Club juga membuka peluang kepada mana-mana
Distributornya untuk menyertai program "The CeramicClub Sellback
Franchise System". Program ini hanya dibuka kepada Distributor
Ceramic Business Club sahaja. Melalui program ini, Distributor akan
dilantik menjadi Franchise syarikat dan akan menerima bonus melalui
Booster Rewards Bonus. Apakah maksud franchise dan bagaimana
keistimewaan tersebut dapat menguntungkan setiap ahlinya? Sila rujuk
dalam soalan berikutnya.
Selain ganjaran program di atas, Ceramic Business Club juga
menawarkan ganjaran-ganjaran yang lain iaitu International Profit
Sharing Pool, iaitu sebuah perkongsian keuntungan bijak melalui
pembelian profit sharing dan juga daripada program Franchise di
atas.
6. Bagaimanakan Sistem Franchise Ceramic Business Club beroperasi?
Anda ditawarkan dengan 3 pilihan Pakej Booster iaitu Pakej A: RM900, Pakej B: RM1,800 dan Pakej C: RM3,800. Setiap Pakej Booster ini sebenarnya mengandungi pilihan produk tertentu iaitu Pakej A (Tea Set Ceramic), Pakej B (Dinner Set Ceramic) dan Pakej C (Tea Set + Warmer Set + Dinner Set Ceramic).



Untuk Pakej Booster ini, anda diberikan dua pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut secara Trading (beli untuk membuat jualan sendiri atau untuk kegunaan sendiri), ataupun anda membelinya secara Franchise (syarikat akan menjualkan produk tersebut untuk anda) sebagai wakil jualan anda melalui program yang dinamakan "The CeramicClub Sell Back Franchise System".
Sekiranya anda membeli secara trading, anda berhak untuk menjualkan produk tersebut pada sebarang harga yang anda suka, dan keuntungan jualan tersebut adalah keuntungan runcit anda. Harga tidak ditetapkan kerana dalam bisnes trading, setiap Distributor berhak menentukan hanga jualannya sendiri.
Sekiranya anda memilih option sell back kepada syarikat, syarikat telah menetapkan harga jualan produk tersebut dan seterusnya membuat pembayaran kepada anda mengikut harga jualan itu. Syarikat membuat pembayaran hasil jualan anda (Modal + Keuntungan) secara ansuran ataupun bertangguh melalui pemberian "post dated cek" sebaik sahaja pendaftaran dilakukan dan tempoh pembayaran adalah bergantung kepada pilihan pakej, Pakej A & B (2 bulan) dan Pakej C (3 bulan). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di halaman Sell Back / Pakej
7. Bolehkah syarikat ini dipercayai dan tidak menipu ahlinya?
The Winner of 7th. Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2008
The Winner of SMI & SME 3rd Business of the Year Award Winner 2007
The Winner of Asia Pacific International Honesty Enterprise Keris Award 2008

Penganugerahan ketiga-tiga Awards ini membuktikan Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd adalah antara perniagaan yang terbaik dan terunggul di masa kini. Berbekalkan misi dan visi untuk terus maju dan berdaya saing di masa hadapan, Asia Ceramic dan Ceramic Business Club kini telah melangkah ke fasa perniagaan seterusnya dengan pembukaan Kedai Serbaneka Ceramic e-Mart pertamanya di Ampang, Selangor. e-Mart seterusnya akan dibuka secara meluas di seluruh negara bermula Januari 2009 dengan target sebanyak 20 e-Mart yang akan dibuka sepanjang tahun!
Sila ke halaman Syarikat untuk keterangan lebih lanjut mengenai Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd
8. Betul ke kalau tak cari downline masih dapat bonus?
Perlu diingatkan sekali lagi bahawa Ceramic Business Club bukanlah perniagaan MLM yang memerlukan anda mencari downline baru dapat bonus. Ceramic Business Club ini adalah perniagaan secara trading. Apa yang anda jualkan, itulah bonus yang akan anda perolehi. Tetapi keunikan dan kelebihan Ceramic Business Club ini, walaupun anda tidak pandai menjual produk tersebut, pihak syarikat yang membantu anda membuat jualan menerusi sistem Franchise nya dengan keuntungan dan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
+
Beli Produk C Harga RM3800, Syarikat Jual Harga RM4500. Jadi Anda Untung RM700
Contohnya anda memilih untuk membeli Produk Booster Pakej C iaitu Tea Set + Warmer Set + Dinner Set. Harga bagi kesemua produk tersebut ialah RM3800. Jika anda memilih option sell back kepada syarikat dengan sistem Franchise, syarikat akan menjualkan produk tersebut dengan harga RM4500 dan anda akan menerima keuntungan pembelian tersebut sebanyak RM700. Keuntungan ini diperolehi walaupun anda tidak mempunyai downline! Inilah bezanya jika ingin dibandingkan perniagaan Trading dengan sistem MLM.
9. Jadi, adakah saya perlu menjualkan produk itu untuk mendapatkan Personal Bonus tersebut?
TIDAK! Bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya syarikat yang membuat jualan untuk anda. Syarikat telah menetapkan nilai keuntungan yang anda akan perolehi daripada penjualan tersebut. Lihat pada laman SELL BACK untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
10. Saya ingin mendaftar sebagai Ahli Ceramic Business Club sekarang. Macam mana caranya?
Sila klik Laman Pendaftaran Percuma dan isikan borang pendaftaran tersebut selengkapnya. Kemudian Login Member Area dengan Username dan Password anda tadi. Anda akan dibawa ke halaman Member Area. Seterusnya, sila lakukan Pilihan Pakej Pendaftaran dengan merujuk halaman Pakej Setelah memilih pakej mana yang dirasakan sesuai dengan kemampuan anda, anda boleh mendaftar sebagai ahli VIP.










